Saturday 21 September 2013

Wacana Pertama - Mengapa Perlu Berniaga?


Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah dengan segala nikmat kurnianya dapatlah saya membina laman blog untuk khidmat perniagaan saya untuk semua umat Islam dan seluruh masyarakat di luar sana. Banyak sebenarnya kaedah dan cara untuk kita berniaga dan salah satunya ialah di dalam alam maya ini. Tetapi bila di dalam alam maya ini hendaklah kita menjalankan kerja ini dengan amanah dari pelanggan-pelanggan kita. Janganlah kita berdusta dengan perniagaan kita kerana duit yang kita dapat dan hasilan yang diperolehi nanti akan ditanya oleh Allah SWT kelak. Di sini saya ingin berkongsi apakah kelebihan berniaga yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW sendiri. 

Mengapa kita perlu berniaga?


1. Setiap Manusia Adalah Khalifah Pada Diri Sendiri.

Allah jadikan manusia untuk memegang tugas sebagai khalifah atau ketua di muka bumi. Jika menghayati falsafah ini, manusia dituntut untuk mengasah kualiti diri sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya pemimpin pada diri sendiri. Mengusahakan perniagaan sendiri bermakna seseorang itu adalah pemimpin kepada perusahaannya.


2. 9/10 Sumber Rezeki Adalah Berniaga.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa 9/10 dari sumber rezeki itu terdapat dalam arena perniagaan. Nyatalah bahawa sumber rezeki itu lebih banyak apabila kita semua berniaga; seperti apa yang kita lakukan hari ini!


3. Menjadi Bos Kepada Diri Sendiri

Kita tentukan perjalanan hidup kita sendiri, bukannya setiap hari mendengar leteran dan marahan majikan yang lama kelamaan akan menyebabkan hati kita 'mati', seumpama zombi.

Ye lah, maksud zombi disini ialah walaupun sebanyak mana kita tak suka pada kerja kita mahupun majikan kita, atau sebanyak mana luahan negatif yang kita keluarkan terhadap kerjaya ataupun persekitaran kerja kita, namun kita akan masih sanggup bersesak-sesak dalam 'traffic jam' untuk ke tempat kerja.

Alhamdulillah dengan perkongsian ini dapatlah kita faham serba sedikit apa itu perniagaan dan insyaAllah di lain masa dan ketika akan saya kongsikan lagi khidmat-khidmat nasihat untuk pernigaan kita. Diharap perkongsian ini dapat direnungkan bersama-sama.

Sumber dari : ARZ Prudential

farizalshah
Ayer HItam